Bila
baca serba sedikit mengenai fibroid, memang menyeramkan , sebab ianya
merupakan ketumbuhan dalam perut yang menyerupai orang mengandung. besar
- bulat tapi sakit sebab ianya ketumbuhan tak normal. cuma yang korang
kena faham, fibroid ni boleh menjadi kanser kalau korang tak amik
tindakan awal untuk merawat..
PUNCA FIBROID
Tak
ada sebab khusus tapi ianya ada kaitan dengan pengeluaran hormon
estrogen dari dalam badan dan ketumbuhan ini seolah-olah terhasil semasa
tahun tahun reproduktif dan yang sedia ada fibroid mungkin mula
mengecut selepas habis haid.. fibroid ini boleh tumbuh dengan cepat
semasa mengandung apabila pengeluaran hormon estrogen dan aliran darah
tetapi biasanya tidak menyebabkan sebarang komplikasi..
FAKTA TENTANG FIBROID
mengikut
kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20%
dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan. sekiranya ada
ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat
fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi. Tumbesaran fibroid bergantung
sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak
selepas puberti. jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak
kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan
estrogen.
Fibroid
membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi
yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk
pembedahan cesarean. kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh
bersalin secara normal. Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid
adalah aliran haid yang banyak dan sengugut. Anemia adalah salah satu
komplikasi serius fibroid. 80% wanita yang mengidap fibroid tidak
mempunyai sebarang gejala.Gejala fibroid tidak berkait secara langsung
dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia
tumbuh. Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu
pembedahan buang rahim.
JENIS FIBROID :
- Fibroid submukus - membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim
- Fibroid Intramural - membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
- Fibroid Subserus - Membesar di luar dinding rahim
- Fibroid Pedunkal - membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks ( pangkal rahim )
SIMPTOM FIBROID
Biasanya
simptom pesakit fibroid tak sama antara satu sama lain , tapi boleh
buat pemeriksaan sama ada simptom ada atau tidak atau mungkin sedara
mara / adik beradik / jiran tetangga yang dekat :-
- Sakit ketika hubungan kelamin
- istilah perubatan merujuk dyspareunia ( dys – tidak selesa, sakit, pareunia – hubungan kelamin )
- haid yang banyak, sakit ketika haid dan berpanjangan ( dysmenorrhea )
- tekanan pada belakang, pundi kencing dan usus besar
- sembelit teruk ( Fibroid yang membesar akan menekan kawasan usus menjadikan diameter usus menyempit dan pergerakan najis tidak lancar. apabila najis terhimpit lama-lama menyebabkan sembelit kronik atau berpanjangan. sama jugak kalau ada apa-apa ketumbuhan di ovari, pundi kencing dan sebagainya.. sebab tu kalau sembelit kronik tak boleh pandang ringan.)
- kencing tidak lawas (sama macam sembelit.. ketumbuhan fibroid akan menekan pundi kencing dan menyebabkan kapasiti pundi kencing menjadi kecil dan sukar untuk membuang air kecil.
KOMPLIKASI FIBROID
lebih
kurang 3 % daripada penghidap fibroid mempunyai masalah kesukaran untuk
hamil kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan
menyebabkan kesukaran untuk melekatkan embrio pada dinding rahim dan
sekiranya fibroid terlampau besar, ia juga menjadi penyebab saluran
fallopian tersumbat dan menyebabkan seseorang itu sukar untuk hamil..
RAWATAN FIBROID
Kebanyakan
masalah fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang
mendatangkan kemudaratan kepada pesakit. biasanya doktor akan membuat
saranan berpandukan :
- Tahap keseriusan dan masalah pendarahan ketika haid
- Fibroid tunbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar
- Faktor umur
- Keinginan untuk menambah zuriat
antara pilihan rawatan ialah :
1 : Histerektomi
pembedahan membuang rahim..
histerektomi
adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak
melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak
fibroid secara kekal dan kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid
( menopaus )
2 : Miomektomi
Pembedahan
untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. Dengan kaedah ini, ada
kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang ( dalam masa 10 tahun ),
namun anda masih boleh hamil.
3 : Abliasi Endometrial ( Endometrial ablation
) boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim.
Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser, gegelung dawai
panas ( heated wire loop ) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas
dalam sebiji belon..
4 : Uterine arteri embolisasi
ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan dengan cara mengurangkan pengaliran darah..
5 : Ubat-ubatan
ia
bertujuan merawat simptom dan ubat ini biasanya mengurangkan tahap
estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat
pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan.. bagaimanapun, kerana
ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah (
hot flushes ), kekeringan faraj ( dryness ) dan ketumpatan tulang yang
berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan..
fibroid akan kembali tumbuh selepas terapi hormon dihentikan..
Saya
cadangkan agar mengambil supplement yang boleh mengatur keseimbangan
hormon dan kaya antioksida untuk membantu mengecutkan ketumbuhan dan
mencegah pembentukan radikal bebas yang menjadi punca utama kepada
ketumbuhan dan kanser. Antaranya ialah:
#1. GLA Complex: Bertindak untuk kawal keseimbangan hormon Estrogen & Progesteron.
#2. Vivix: Meningkatkan imunisasi dan menghapus radikal bebas, memperbaiki DNA dan sel-sel badan.
#3. Vitamin C: Meningkatkan imunisasi dan menentang radikal bebas.
Oleh
kerana penyakit berkaitan rahim ni boleh menjejaskan kesuburan serta
boleh memberi kesan lebih besar seperti kanser, jadi marilah kita
sama-sama mengambil berat tentang kesihatan kita. Mencegah adalah lebih
baik dari merawat. Jom sihat secara semulajadi dengan Shaklee.
Hubungi saya untuk saya bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan supplemen.
Jaminan kami
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat
Semulajadi
Berkesan
Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
Mengapa saya?
Saya
merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih
mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan
keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual
pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee
yang sesuai untuk anda.
Penghantaran
Anda
boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Selayang dan
Batu caves . Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan
khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang
bersesuaian dengan lokasi anda.
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun CIMB bank atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
Saya Nak Beli !
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Kak Pisah ditalian bernombor 017-355 9455 melalui aplikasi Call / SMS / WhatsApp.
Norhapisah Asmuni ( Kak Pisah )
Shaklee ID :(ID:1251745)
SMS & Whatsapp: 017-355 9455
Email: Pisah35.ee@gmail.com