Monday 17 December 2018

NOVEL KAN KUKEJAR CINTA KAMU

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

Dah lama tak beli novel ... lepaskan geram beli juga dan nak buat review novel yang bakal diadaptasi. Novel Kan KuKejar Cinta Kamu dicetak tahun Jan 2012. Novel lama tapi di lanjutkan ke adaptasi Drama dan ramai yang menunggu kemunculannya. Novel ini agak tebal 795 muka surat. Kisah cinta dan konflik keluarga.  Kisah cinta Alma dan Raiyan. Cinta itu buta kerana cinta mereka lupa dan amaran dari kedua keluarga tidak diendahkan. Pertemuan di luar negara , menyemai cinta dua tahun hingga mereka berani menikah tanpa pengetahuan keluarga. Mereka nikah tiga bulan sebelum kembali ke Malaysia. Melayari cinta dengan indah. Janji demi janji akan dileraikan bila mereka pulang ke Malaysia. Raiyan dan Alma akan memberitahu kedua keluarganya tentang perkahwinan mereka diluar negara. Langit disangkakan cerah hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. 

Raiyan kemalangan sehari selepas pulang ke Malaysia. Doktor mengesahkan Raiyan hilang ingatan . Perkahwinan Raiyan dan Alma diketahui oleh Nek Bonda bila terlihat sijil nikah mereka. Nek Bonda menyelongkar beg yang dihantar oleh pihak polis. Sedangkan Raiyan masih dirawat dihospital. Dendamnya semakin membara bila mendapat tahu Raiyan berkahwin dengan anak musuhnya Dato Sri Helmi.

Alma resah bila tidak dapat menghubungi suaminya selepas sehari pulang ke Malaysia. Alma cuba untuk mengunjungi rumah agam keluarga Raiyan tetapi gagal. Semua rancangan Nek Bonda agar Alma tidak akan mendapat apa- apa info tentang keadaan Raiyan. Nek Bonda juga memberi amaran agar tidak mendekati Raiyan. Raiyan yang kehilangan identiti diri memudahkan Nek Bonda mempergunakan Raiyan untuk membalas bendam. Nek Bonda mengatakan fitnah dari keluarga Dato sri Helmi ,  pak su meninggal dan datuknya mati kerana membunuh diri akibat malu. 

Pelbagai cara Nek Bonda mengasut Muzzamil ( Abah Raiyan ) untuk menjatuhkan dan memusnahkan keluarga Dato Sri Helmi. Kejayaan keluarga Dato Raqib mengambil alih Syarikat Dato Sri Helmi memberi tamparan hebat pada Dato Sri Helmi. Dengan bantuan Ikram sahabatnya Dato Sri Helmi terus berusaha dan tidak mahu berkerja lagi di Jentayu. Dato sri Helmi tidak mahu tunduk dibawah telunjuk Raqib Global. Dalam masa yang sama Dato Sri Helmi mahu menjodohkan Alma dan Huzail anak rakan baiknya Ikram. 

Dendam Nek Bonda terus membara hingga dia mengupah untuk membunuh adik Alma Faris. Kemalangan yang dirancang hanya mendatangkan kecacatan pada Faris. Dato Sri tidak dapat memaafkan Alma kerana kedegilan Alma untuk terus bersama Raiyan hingga memudaratkan keluarga kemarahan Dato Sri Helmi pada Alma hingga tidak mengaku anak. Lebih menyedihkan video asmara Alma bersama Raiyan tersebar. Walaupun Alma memberi penjelasan papanya tetap tidak mahu memaafkan dirinya. Terlalu kecewa Alma membawa diri ke Johor dan tinggal bersama keluarga angkat. 2 tahun cukup tempoh bertenang. Kali ini Alma perlu mendekatkan diri pada Raiyan demi cintanya. 

Alma dan Raiyan membuat perjanjian agar pernikahannya didaftarkan tetapi ada syarat-syarat yang tidak masuk akal terpaksa dilalui. 2 tahun terpaksa patuh dengan perjanjian gila Raiyan atau share 20 peratus terpaksa jatuh ditangan Raqib. Bulan pertama semua indah berlaka tetapi kehadiran Zack dan Qistina membuatkan rumah tangga nya semakin huru hara. Qistina gadis yang mendambakan cinta Raiyan sengaja membuatkan hati Alma sakit. Zack yang cuba menodai Alma memaksa Alma menyerahkan share 20 peratus jatuh ke tangan Raiyan. Misi Raiyan semakin berjaya kerana tinggal 20 peratus sahaja kerana 10 pertus milik Fariz dan 10 peratus atas nama isteri Dato Sri Helmi , Dhiya . 

Muzzammil semakin cemburu melihat kehidupan Dato Sri Helmi yang semakin bahagia bersama isteri. Disangkakan mengambil syarikat Jentayu dan projek Dato Sri Helmi, Dato Sri Helmi semakin sensara tetapi sangkaan meleset. Muzzammil juga inginkan merasai bahagia bersama supermodel yang cantik dama seperti Dato Sri Helmi memperisterikan model dan mempunyai anak yang comel.

Perkahwinan Dilaila dan Raiyan semakin hampir. Pada Dilaila dia menerima saja apa jua keputusan Raiyan. Dalam diam Dilaila tahu Raiyan mencintai Alma. Dia hanyalah sahabat dimana Raiyan selalu keliru. Dilaila memutuskan untuk batalkan perkahwinan dengan Raiyan. 

Cerita terbongkar sedikit demi sedikit bila Muzzamil dituduh membunuh supermodel. Mas Ellysya sebenarnya bekas kekasih Dato Sri Helmi. Mas Ellysya masih menyimpan kenangan bersama walaupun kini Dato Sri Helmi sudah berkahwin dengan sahabatnya, Dhiya. Mas Ellysya juga cemburu dengan sahabatnya kerana bukan kemewahan yang dia inginkan tetapi kasih sayang yang dicurahkan. Bersama Muzzamil hanya wang ringgit dan kemewahan jadi taruhan. 

Nek Bonda masih tidak dapat terima kenyataan , seorang demi seorang, orang  kesayangan meninggalkan dirinya. Dendam terus membara. Bila satu persatu kebenaran terungkai membongkarkan kejahatan Arwah suaminya tetapi Nek Bonda tidak percaya. Nek Bonda tetap mengatakan itu semua berpunca dari keluarga Dato Seri Helmi . Sebenarnya Dato Raqib merogol adik perempuan Dato Sri Helmi hingga melahirkan Faris. Yusnita gadis cantik yang pandai mengoda kekasih pada Muzil ( pak su Raiyan ). Tetapi nafsu bertopengkan Syaitan sanggup merogol kekasih anak sendiri. Muzil tidak dapat menerima kenyataan bila kekasihnya melarikan diri. Bukan kekasih melarikan diri tetapi Yusnita sudah menjadi gila kerana jijik dengan dirinya. Terlalu lama Dato Sri Helmi menyimpan rahsia ini. Faris dianggap seperti anaknya tiada sedikit pun kurang kasih sayang. Kini Yusnita ditempatkan di pusat penjagaan untuk memantau keadaannya. sedih melihat keadaannya menjadi mangsa kerakusan nafsu Dato Raqib. 

Bila semua orang berpaling dan tidak mahu mengikut arahan Nek Bonda , Nek Bonda terus  merancang ingin membunuh Alma dengan mengupah orag gaji meletak racun dalam minuman Alma. Allah maha adil bukan Alma yang minum tetapi Raid. Raiyan menjadi marah bila Nek Bonda tak pernah serik dengan dendamnya yang memakan diri sendiri. 

Nek Bonda sedar yang dia terlalu mengikut perasaan. Raiyan berjaya menyatukan keluarga yang telah lama bermusuhan. Akhirnya Raiyan pulih sedia kala. Raiyan bersyukur kerana Alma sanggup memperjuangkan cinta disaat Raiyan tidak mengingati Alma sebagai isterinya. Perjuangan Alma tidak sia - sia mengejar cintanya dan menyatukan dua keluarga dari dendam. 

  

Sinopsis dari Kulit Novel 
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler


18 comments:

  1. Yeayyy dpt jugk cr ending drama kan ku kejar cinta kamu😘 puas dh cr

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya pun macam awk gak .... kerana tak sabar terus beli buku tapi keseluruhan cerita memang best. Kesian kat Alma byk sangat air mata.

      Delete
  2. Tq kpd yg share ending...nk g Cari novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak rugi cari novel... ini cerita konflik yang menarik.

      Delete
  3. Terima kasih kerana at last tahu ending nye mcm mane.....try jugak nk cari atau baca online cerita ending nye tapi putus asa....alhamdunillah dapat jugak thks banyak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 sharing is caring , kita kongsi sama2
      Terima kasih juga singgah blogs ini ... saya memang suka review novel saya baca. sebelum ni saya buat review di blogs eizzara-eizzaty.blogs.com

      Delete
  4. wahhhhh .. . finally dapat ending, tq tq tq yaaa . .hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tak sabarkan .... hahhaha
      apa pun terima kasih singgah di blogs ini...

      Delete
  5. Alhamdulillah. Dah dpt tahu ending dia. Mmg saya pun jenis x sabar jugak. Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ... terima kasih singgah di blogs akak ni ...
      membaca sebagai hobi je ... Insyaallah akak akan share lagi cerita2 lain

      Delete
  6. Alhamdulillah dpt jugak tahu ending klu x ...x tdo malam sy dibuatnya...mmg org ckp tgok drama lbih membuatkn kita menjiwai tp sekurang2nya sy x la terlalu marah ngn rayyan hihi...finally dpt gk sy tdo lena bila dpt tahu sedikit sebanyak pengakhirannya...terima kasih byk2 sy doakn penulis review a.k.a blog nie sentiasa success...ap2 pun tq tq tq sooo much...sy akn sentiasa ternantikn dpn tv stiap jam 10 mlm utk tgok lg drama nie ...💋 terima kasih byk teruskn dgn review awak lg dgn novel2 drama seterusnya...semoga yg terindah akn slalu bersama awak tq so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah blogs ini
      Saya memang beli novel ni sebab rasanya cerita ni memang best ..
      Baca laju2 lepas tu buat review ... ingat tak ada orang baca ...Tapi alhamdulillah sambutannya hebat sekali. Ramai orang cari sama perasaan tak sabar nak tahu apa kesudahan cerita. memang kul 10.00 tunggu kat depan TV walaupun dah tahu cerita...

      Apa pun terima kasih banyak2 singgah diblogs ini. Byk review novel saya di Blogs : Eizzara-eizzaty.blogspot.com

      ini blogs info kesihatan je tak sangka orang boleh cari juga.

      Delete
  7. Yeay...finally dh tahu ending citer ni...pnat tau hari2 berdentum2 tgu what's happening next...tq to pemilik blog sudi kongsi kesusahan cite ni...tp ttp tgu Kat tv 10 mlm.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee... legakan ...
      Terima kasih singgah di blogs ini. Sama lah walaupun dah tau tetap tunggu depsn tv juga ... cerita ni best..

      Delete
  8. Yeay akhirnye tau gak ending dia klu x abs sy search nk tau ending smpi bputus asa..suka sgt cite ni tq ye sis sudi kongsi cite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blogs ini ...
      Sharing is caring ... harap suka dgn review saya

      Delete
  9. Thnks you Akhir nya dapat jgk thu ending dia...xhbis sy search nk taok ending dia.. Hahah thnk sis Sbb sdi kngsi kn ending crita nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome ...
      Terima kasih juga sudi singgah di blogs ini ..

      Delete